Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Misteri mata buta

Georgetown: Buta atau cacat selamanya. Itu nasib seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Izz Aireen Zahiyya Muhammad Mahthir yang hingga kini kesnya masih misteri apabila terpaksa dikejarkan ke hospital ketika berada di sebuah tadika di Bukit Mertajam.
Walaupun sudah dua bulan berlalu, anak bongsu kepada pasangan Muhammad Mahthir Abdul Talib, 30, dan Intan Safinaz Abd Aziz, 28, kini perlu mendapatkan rawatan pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jika dulu, dia seorang bayi yang sangat aktif, kini Izz Aireen Zahiyya hanya mampu merengek, tidak bertindak balas walaupun diacah dan matanya juga seolah-olah tidak dapat melihat objek berwarna.
Segala-galanya bermula pada 5 Mac lalu apabila dia yang dihantar ibu bapanya ke sebuah tadika berhampiran rumah mereka di Seberang Jaya pengsan dan tidak bermaya secara tiba-tiba tanpa diketahui punca sebenar.
Menceritakan kembali kejadian itu, ibunya, Intan Safinaz berkata, dia seperti biasa menghantar bayinya ke tadika berkenaan, namun terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya memberitahu anak keduanya itu dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:43 AM


INTAN Safinaz bersama Izz Aireen Zahiyya. (Gambar kanan) Izz Aireen Zahiyya ketika dirawat di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63679#sthash.WQcNi5Cf.dpuf

No comments:

Post a Comment