Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Maut sebelum sempat berbuka


Mayat Suriyana ditutup dengan kain selepas wanita itu maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu melanggar penghadang jalan dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman petang kelmarin.


KEMAMAN – Hasrat seorang isteri untuk pulang berbuka puasa bersama suami tersayang tidak kesampaian apabila menemui ajal dalam kemalangan di susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 6.00 petang, Suriyana Abdullah (gambar kecil), 24, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perumahan maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Cheneh Baru setelah selesai bekerja di ruang pameran di sebuah pasar raya.
Suriyana yaag menunggang motosikal jenis Modenas dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang kiri jalan dan mengakibatnya terjatuh.
Akibatnya, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.
Mangsa yang baru tiga bulan mendirikan rumah tangga dikatakan sering menggunakan lebuh raya tersebut sebagai laluan utama ke tempat kerjanya di Bandar Chukai.
Ketika kejadian, keadaan laluan di lebuh raya tersebut lengang dan mangsa berseorangan menunggang motosikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3fibRvIAG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment