Search This Blog

Monday, July 27, 2015

Maut langgar kereta keluar simpang


Bukit Beruntung: Seorang penunggang motosikal maut merempuh sebuah Proton Exora di persimpangan empat Jalan Semarak, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa, Salbiah Abu Hasan, 26, dalam perjalanan dari Bukit Sentosa menghala Bukit Beruntung.

Sumber polis berkata, Proton Exora yang dipandu seorang lelaki berusia 50-an terbabit dipercayai bergerak keluar dari persimpangan jalan untuk memasuki laluan utama Jalan Rasa-Bukit Beruntung.

“Ketika pemandu keluar dari simpang Bukit Sentosa, bahagian kanan kenderaan dilanggar penunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 12.30 tengah hari akibat kecederaan di kepala.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Ros 2, Ahmad Daud Alwi berkata, jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Alah Batu, Hulu Bernam untuk dikebumikan.

“Saya dimaklumkan jiran arwah di Pangsapuri Seri Ros, jenazahnya terus dibawa pulang ke kampung dan suaminya turut berada di sana.

“Arwah pekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung dan suaminya juga bekerja di sebuah kilang dekat kawasan perumahan di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66404#sthash.VK8LqHMn.dpuf

No comments:

Post a Comment