Search This Blog

Monday, July 27, 2015

LPT sesak 30 pokok tumbang

Kuantan: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke ibu kota sesak sepanjang hampir 10 kilometer selepas 30 pokok tumbang berikutan hujan lebat dan ribut di Kilometer 85 berhampiran Lanchang, petang semalam.
Kejadian jam 3 petang itu menyebabkan lima kenderaan rosak teruk akibat ditimpa pokok berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pengarah Anih Berhad Nik Fauzi Nik Hussein berkata, ribut berkenaan berlaku 10 minit dan pengguna LPT terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing selepas jarak penglihatan menjadi terhad.
“Pihak kami mengambil tindakan segera membersihkan laluan berkenaan dan ia boleh digunakan sepenuhnya jam 4.15 petang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, kejadian itu kali pertama berlaku di lebuh raya berkenaan dan pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Sementara itu, Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Pengguna lebuh raya dinasihatkan tidak memandu laju dan mematuhi had laju yang dibenarkan bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kemalangan yang boleh meragut nyawa.
“Tambahan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyumbangkan kepada kemalangan, justeru pengguna lebuh raya perlu meletakkan aspek keselamatan pada tahap tertinggi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 5:06 AM


KEADAAN Lebuhraya LPT sesak selepas kejadian pokok tumbang akibat ribut, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66402#sthash.jJOhhGZo.dpuf

No comments:

Post a Comment