Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Lima mati tram bertembung

Bangkok: Lima mati manakala lebih 30 lagi cedera selepas dua tram yang digunakan bagi membawa pengunjung ke sekitar Zoo Kao Suan Kwang di wilayah Khon Kaen, timur Thailand, bertembung.
Jurucakap polis, Kolonel Pichit Deeya, berkata kejadian berlaku apabila pemandu satu tram gagal mengawal kenderaan itu kerana masalah brek lalu merempuh sebuah lagi tram.
Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan kedua-dua tram terbalik dan menghempap seorang penumpang yang mati di tempat kejadian.
“Empat lagi, termasuk seorang budak perempuan berusia dua tahun, mati di hospital dan semua mangsa adalah rakyat Thailand,” katanya.
Selain itu, kira-kira 10 kanak-kanak berusia antara tiga hingga 12 tahun juga cedera. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 6:39 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62260#sthash.50oHWXPq.dpuf

No comments:

Post a Comment