pdrm
Ketua Polis Daerah Taiping , Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam.
Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa, Hazlan Mat Isa, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di tempat kejadian sebelum di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu tidak ada sebarang unsur khianat atau perbuatan jenayah.
" Kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada Sinar Harian.