Search This Blog

Friday, July 24, 2015

Lelaki Bangladesh bunuh rakan ditahan

 Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Polis sudah menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 37 tahun yang disyaki membunuh rakan senegara berusia 30-an dalam kejadian di sebuah kontena di Senawang Light Industries di sini, pada Isnin lalu.

Sumber polis berkata, suspek, Mohammed Billall Kabiraj ditahan di Batu Pahat, Johor semalam ketika mahu meloloskan diri.

Katanya, dalam kejadian pada Isnin lalu, mangsa ditemui dibunuh dengan kaki, tangan serta mulutnya diikat sebelum ditemui seorang lagi rakan senegara.

Katanya, mayat mangsa juga ditemui dalam keadaan berdarah dengan kesan percikan dalam kontena terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud dihubungi mengesahkan penahanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek dibawa ke mahkamah pagi ini untuk direman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 12:43 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65882#sthash.ClW7us7s.dpuf

No comments:

Post a Comment