Search This Blog

Monday, July 27, 2015

Lebuh raya LPT, Pengkalan Hulu dilanda ribut kuat


SEBUAH kereta rosak akibat terlanggar pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di LPT menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Lanchang semalam.


KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari arah Temerloh, Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh kesesakan teruk selepas 30 batang pokok tumbang akibat ribut semalam.
Dalam kejadian itu, pengguna kenderaan terpaksa mengalami kesesakan teruk hampir 10 kilometer selepas pokok itu tumbang di Kilometer 85 berhampiran Lanchang.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku akibat hujan dan ribut yang mengakibatkan lima buah kenderaan mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok selain terlanggar pokok yang tumbang.
Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Seorang saksi, Sayed Walid Sayed Umar, 51, berkata, kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan pengguna kenderaan di kawasan berkenaan tidak dapat mengelak daripada melanggar pokok yang tumbang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3h4Cw6pFV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment