Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Lebih 20 maut di Nepal

Lebih 20 maut di Nepal

Penduduk membawa mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh untuk menerima rawatan. - Foto AFP


KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 28 orang maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di dua buah kampung di ibu negara Nepal, semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Dhakal berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku di kampung berhampiran bandar Pokhara, kira-kira 125 kilometer di barat Kathmandu selepas tengah malam.

"Sebanyak 22 rumah musnah. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan pasukan penyelamat khuatir lebih ramai penduduk telah dihempap tanah runtuh," katanya.

Difahamkan, helikopter tentera dikerah ke tempat kejadian untuk usaha menyelamat. Namun, usaha membantu melalui jalan darat terganggu susulan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan raya.

Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal sejak April lalu, dipercayai membuatkan cerun di kawasan pergunungan di seluruh negara tidak stabil, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh pada musim hujan. - AFP

No comments:

Post a Comment