Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Lanjut reman ibu kerat bayi

Alor Setar: Ibu bayi kerat lapan berusia 31 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, disambung reman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Che Rohana Ismail yang hadir ke wad HSB kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abd Rahim Abdullah, wanita itu masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan doktor kerana mengalami pendarahan ketika bersalin.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Harian Metro sebelum ini melaporkan mayat bayi kerat lapan ditemui di dalam tangki najis di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, dekat sini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 3:56 PM


TANGKI najis tempat pembuangan bayi yang telah dikerat lapan di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra. FOTO Danial Noordin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63858#sthash.Agesbsl3.dpuf

No comments:

Post a Comment