Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Lagi suspek kulit hitam mati


Washington: Seorang suspek mati di Alabama selepas dia ditahan dan disembur dengan serbuk lada sulah, kematian terbaru kulit hitam Amerika Syarikat di tangan polis.

Seorang penduduk di Tuscaloosa menelefon polis Jumaat lalu mengenai seorang lelaki yang dipercayai bersenjata duduk di depan rumah jirannya.

Lelaki itu, Antho1ny Dewayne Ware, 35, melawan ketika ditahan, menurut kenyataan polis Tuscaloosa.

“Suspek melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Anggota kami mengejar dan berjaya menangkapnya. Dia melawan.

“Untuk menenangkannya, polis menyembur serbuk lada sulah sebelum menggarinya. Ketika berjalan keluar dari huitan, dia pengsan.

“Dia dibawa ke hospital dan mati tidak lama selepas itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, siasatan sudah dimulakan untuk memastikan punca kematian Ware.

Dia suspek kulit hitam terbaru yang mati dalam tahanan polis di Amerika Syarikat, tempat tunjuk perasaan meletus beberapa kali berhubung dakwaan penindasan dan penggunaan kekerasan polis ke atas tahanan kulit hitam. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 6:48 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63963#sthash.hJYNjkcD.dpuf

No comments:

Post a Comment