Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Kereta terbabas potong tak lepas

Port Dickson: Hasrat satu keluarga berbuka puasa di rumah bapa saudaranya di Ambang Kota, Lukut, di sini tidak kesampaian apabila kereta dinaiki terbabas selepas bergesel sebuah lagi kereta di Jalan Seremban–Port Dickson, berdekatan Bandar Springhill, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.25 petang, mangsa Mohd Jazlan Nordin, 33, bersama isteri berusia 30-an serta dua anak lelaki berusia empat tahun dan sembilan bulan dari Seremban ke Lukut, gagal mengawal Proton Waja selepas memotong dua kenderaan di hadapannya.
Ini menyebabkan kereta dinaiki keluarga terbabit bergesel sebelum terbabas dan terjunam dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.
Menurut Mohd Jazlan, sampai tiba di tempat kejadian dia melihat dua kereta di hadapan iaitu Proton Gen2 dan Saga BLM.
“Saya berjaya memotong Proton Gen2, namun bergesel Proton Saga BLM di hadapan ketika cuba memasuki semula ke laluan. Ini menyebabkan saya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.
“Dalam keadaan berlumuran darah, saya segera keluar dan menjerit meminta bantuan orang ramai mengeluarkan dua anak lelaki dan isteri yang turut cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, bajunya dibasahi darah selepas kepalanya terhantuk pada stereng manakala isteri dan anaknya masing-masing cedera di dada dan tangan kiri.
Sementara itu, pemandu Proton Saga BLM, S Sivaparthiban, 26, berkata, ketika itu dia mahu membelok ke kanan sebelum melihat ada sebuah kereta cuba memotongnya.
“Saya tidak jadi membelok untuk mengelak kemalangan, namun bergesel dengan Proton Gen2,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:19 AM


ANGGOTA bomba memeriksa kereta yang terbabit dalam kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63950#sthash.DelJWYYG.dpuf

No comments:

Post a Comment