Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Kerana maruah

Istanbul: Pihak berkuasa Turki menahan seorang wanita berusia 28 tahun selepas dia membunuh suaminya atas alasan ‘maruah.’
Cilem Karabulut mengaku menembak mati suaminya Hasan Karabulut, 33, di rumah mereka di Adana, wilayah di selatan Turki kerana lelaki itu berulang kali memukul dan memaksanya melacur.
“Mengapa wanita yang selalunya mati dibunuh. Lelaki juga boleh dibunuh. Saya membunuh kerana menjaga maruah,” lapor akhbar Hurriyet yang memetik kata-kata Cilem dalam kenyataannya kepada polis.
Punca pembunuhan itu mencetuskan perdebatan di media Turki, lebih-lebih lagi dengan gaya Cilem ketika dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Dengan menunjukkan tanda bagus, dia memakai kemeja-T dengan slogan bahasa Inggeris bermakna: “Yang berlalu, terima kasih untuk segala pengalaman. Yang akan datang, saya sudah bersedia,’ tertera di depannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:11 AM


CILEM ketika dibawa ke mahkamah kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63945#sthash.0gOukEBh.dpuf

No comments:

Post a Comment