Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Kecoh di Plaza Low Yat

Keadaan kedai telefon bimbit yang diserang dan suasana di luar Plaza Low Yat. FOTO ihsan pembaca
Kuala Lumpur: Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.
Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.
Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Sementara itu, insiden berkenaan turut ‘viral’ di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 12:57 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63725#sthash.6SiaCzCI.dpuf

No comments:

Post a Comment