Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Kasanova licik akhirnya tersungkur



SHAHRUL OTHMAN (dua dari kiri) dan pegawainya menunjukkan barang kemas yang dirampas dari rumah lelaki kasanova pada sidang akhbar di IPD Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kasanova yang licik memperdayakan lebih 21 wanita menerusi laman sosial sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM155,000 akhirnya ditahan pada Ahad lalu di Taman Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor.
Bertindak atas maklumat beberapa mangsa, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini berjaya memerangkap suspek berusia 34 tahun dengan menyerbu rumahnya pada pukul 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, modus operandi suspek adalah memikat mangsa-mangsa wanita bujang melalui laman sosial Facebook dan Tagged dengan menggunakan beberapa nama samaran se­perti Aidid Iskandar, Afzan Iskandar dan Hafiz.
Menurut Shahrul, suspek yang menjadi buruan polis sejak lebih tiga tahun lalu itu turut mendakwa dirinya sebagai seorang ahli perniagaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3f9WuNvZb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment