Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Kanak-kanak enggan makan dengan bapa dipenjara



AGENSI - ketiga-tiga beradik ini, Roe (kiri), Liam dan Natalie dihantar ke sebuah pusat tahanan juvana kerana enggan mematuhi arahan mahkamah supaya makan bersama bapa mereka.


MICHIGAN – Tiga adik-beradik dikenakan hukuman ditahan sebuah institusi juvana selepas enggan mematuhi perintah mahkamah supaya makan tengah hari bersama bapa mereka.
Kanak-kanak itu, Natalie, 9, Roe, 10, dan Liam, 14, sebelum ini menjadi mangsa perebutan hak penjagaan ibu dan bapa selepas mereka bercerai pada Disember 2009.
Semasa perbicaraan, seorang hakim di sebuah mahkamah di sini, Lisa Gorcyca mengeluarkan arahan supaya ketiga-tiga kanak-kanak itu makan tengah hari bersama bapa mereka sebagai salah satu usaha merapatkan kembali hubungan antara mereka.
Berikutan keengganan kanak-kanak berkenaan, Gorcyca menghantar mereka ke pusat tahanan Children Village pada 24 Jun lalu kerana didakwa menghina mahkamah.
Hukuman berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak menghantar petisyen dengan ditandatangani hampir 6,000 orang me­nuntut agar kanak-kanak terbabit dibebaskan.
Kelmarin, hakim berke­naan mengubah keputusannya dengan membebaskan ketiga-tiga kanak-kanak itu dan menu­kar kepada hukuman mengikuti kem musim panas yang di­iringi seorang penjaga yang dilantik oleh mahkamah.
“Pihak mahkamah bersetuju menghantar mereka ke kem musim panas bersama seorang penjaga yang dilihat sebagai langkah terbaik untuk kanak-kanak itu,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3fciMz6nK 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment