Nor Nazierah Rahmat didakwa membunuh anak sulungnya, Nur Umairah Zainol Abdullah di rumah mereka di B3-414, Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang, Balakong, Kajang dekat sini antara pukul 11 pagi, 17 Julai dan 5 pagi, keesokan harinya.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. Tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 September ini untuk mendapatkan laporan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE