Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Ibu bapa ditahan

Alor Setar: Ibu bapa bayi Putri Wafa Mohd Saifudin berusia empat bulan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 11 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kecederaan dialami anak mereka yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Menurut sumber, hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada mangsa yang mengalami pendarahan dalam otak dan mata.
Lelaki berusia 26 tahun dan isterinya, 25, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan dan perintah reman akan dipohon esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan.
Bayi malang itu sebelum ini dimasukkan ke HSB selepas mengalami sawan ketika berada di pusat jagaan di Sungai Petani sehingga menyebabkan kecederaan pendarahan dalam otak dan mata disyaki didera.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 1:05 AM


MANGSA menerima rawatan di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62485#sthash.EQJcs4H0.dpuf

No comments:

Post a Comment