Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Hati-hati lakonan perompak terjatuh


Ampang: Berhati-hati jika mahu membantu ‘mangsa’ yang didapati terjatuh daripada motosikal berikutan mereka kemungkinan adalah perompak.

Dalam kejadian terbaru jam 3.15 petang kelmarin, dua mangsa dirompak penjenayah ketika mangsa cuba memberi pertolongan terhadap suspek yang berpura-pura terjatuh motosikal di Taman Cempaka di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa lelaki berusia 67 tahun dan anaknya berusia 45 tahun dikatakan menaiki kenderaan model Toyota Innova untuk melihat kawasan perumahan berhampiran.

Menurutnya, dua suspek yang menaiki motosikal dilihat terjatuh di hadapan kenderaan dinaiki menyebabkan mangsa berhenti untuk membantu.

“Bagaimanapun seorang suspek mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke leher mangsa.

“Rakan suspek kemudian membuka pintu kenderaan dan merampas beg tangan milik anak mangsa,” katanya.

Dia berkata, suspek menarik tangan mangsa dan menoreh ibu jari serta jari telunjuk mangsa selain mengelar leher lelaki itu.

“Suspek yang ketakutan segera menyerahkan beg miliknya kepada penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kerugian lebih RM1,000 selepas kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai.

Khairuldin memberitahu siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun berkawan tanpa senjata api.

Sehubungan itu, Khairuldin menasihati orang ramai berhati-hati dengan taktik terbaru penjenayah yang sengaja mencipta kemalangan palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:06 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63938#sthash.NIc0VpiG.dpuf

No comments:

Post a Comment