Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Gunung berapi di Indonesia, Mexico meletus


13 Julai 2015 12:34 AM



DENPASAR 12 Julai – Letusan Gunung Berapi Raung yang mengeluarkan asap tebal, mengakibatkan aktiviti penerbangan di lapangan terbang Bali dibatalkan selepas sehari operasinya dibuka semula.
Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam satu kenyataan berkata, angin kuat menyebabkan abu gunung berapi bergerak ke kawasan pusat peranginan berdekatan dan menyebabkan lapangan terbang ditutup sehingga pukul 4 petang waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).
“Kami akan membuat pemantauan untuk membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan tempoh penutupan lapangan terbang atau tidak,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, J.A Barata.
Bagaimanapun, dua lapangan terbang utama yang ditutup perkhidmatannya Khamis lalu iaitu di Pulau Lombok dan timur Bali telah beroperasi semula seperti biasa.
Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya 800 penduduk yang menetap berhampiran Gunung Berapi Colima di Mexico, dipindahkan ke kawasan selamat, dengan pihak berkuasa mengarahkan lapangan terbang ditutup sebagai langkah berjaga-jaga jikalau gunung berapi tersebut meletus.
Gunung berapi tersebut hari ini memuntahkan lahar yang mengalir menghampiri kawasan penempatan sehingga mendorong pihak berkuasa menutup kawasan-kawasan yang berkedudukan 12 kilometer daripada kawah gunung.
“Penduduk yang menetap di pinggir kawah gunung berapi tidak ramai, sekitar 800 orang dan mereka semua telah dipindahkan ke kawasan selamat,” kata penyelaras unit perlindungan awam, Luis Felipe Puente.
Gabenor Colima, Mario Anguiano Morenberkata, lapangan terbang ditutup untuk sebarang operasi penerbangan persendirian atau komersial susulan ruang udara dipenuhi dengan abu tebal. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gunung-berapi-di-indonesia-mexico-meletus-1.113369#sthash.iD1eCnyp.dpuf

No comments:

Post a Comment