Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Gunung Berapi Api meletus di Mexico



AFP AWAN abu akibat letusan Gunung Berapi Colima mengampiri masyarakat setempat di negeri Jalisco, Mexico kelmarin.


COLIMA, Mexico – Beratusratus orang dipindahkan dari kampung di sekitar Gunung Berapi Colima, manakala sebuah lapangan terbang ditutup kelmarin berikutan kebimbangan letusan akan menjadi yang paling dahsyat dalam tempoh satu abad.
Abu dari gunung berkenaan yang digelar ‘Gunung Berapi Api’ menghujani kawasan penduduk sekitar­nya sementara lahar panas mengalir dari lerenglerengnya.
Perkembangan itu memaksa pihak berkuasa menutup kawasan seluas 12 kilometer (km) di sekitar kawah Colima.
“Komuniti dalam lingkungan 12km ini tidak melebihi 800 orang. Mereka semua telah dipindahkan,” kata penyelaras perlindungan awam nasio­nal, Felipe Puente.
Lapang terbang Colima juga ditutup kepada komersial ekoran hujan abu di kawasan tersebut, kata Gabenor Mario Anguiano Moreno.
Gunung berapi itu meletus pada Khamis lalu dengan menghamburkan abu setinggi 4km ke udara.
Kementerian dalam negeri menyatakan, aktiviti gunung berapi itu menyerupai keadaan pada 1913 apabila satu letusan besar berlaku sehingga menyebabkan seluruh rantau berkenaan dilitupi abu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3fiaOTeKh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment