Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Farihah dijel setahun kerat, buang bayi sendiri



FARIHAH menerima padah apabila Mahkamah Majistret Jitra menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan memotong dan membuang bayi yang dikandungnya di sebuah rumah awal bulan ini.


JITRA – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah menyembunyikan kelahiran bayi perempuannya awal bulan ini.
Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Farihah Abd. Aziz, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kampung Binjal di sini didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayinya itu dengan cara memotong bayi berkenaan kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.
Perbuatan itu dilakukan dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol dekat sini antara pukul 1 te­ngah hari hingga 3 petang, 6 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3hPqDQ7Hh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment