Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Empat sekeluarga rentung

Kinabatangan: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kampung Lot M Bukit Garam, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian 11.30 malam itu empat mangsa iaitu Lidia Ibiti, 55; Sudirman Ladising, 38; Mohd Syawal Sudirman, 4; dan seorang lagi kanak-kanak perempuan Yuyu Ladising, 2, ditemui rentung oleh pasukan bomba sebaik api dipadamkan.
Manakala dua lagi mangsa yang dilaporkan cedera iaitu Dahlia Ladising, 33, dan bayi berusia dua bulan dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, kebakaran ini membabitkan dua rumah dan semua mangsa yang rentung daripada satu keluarga.
"Manakala rumah kedua yang dihuni oleh 17 orang sempat menyelamatkan diri.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan semua mangsa yang rentung di bawa ke Hospital Kinabatangan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 5:49 AM


DUA rumah terbakar dalam kejadian malam tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62497#sthash.cfsJpZIM.dpuf

No comments:

Post a Comment