Susulan maklumat yang diterima daripada orang awam, kesemua remaja berusia 20 hingga 22 tahun tersebut ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Miri pada pukul 10 malam.
Menurut sumber, semasa serbuan dijalankan, suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif apabila menyedari kehadiran anggota polis namun tindakan tidak berjaya apabila berjaya ditahan.
Katanya, polis merampas dua paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis sya­bu dengan berat kasar 3.72 gram daripada suspek.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang tidak bekerja dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
“Ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek ditahan reman di Balai Polis Pusat Miri..
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (3) akta yang sama,” jelasnya.