Search This Blog

Monday, July 27, 2015

Dua maut kereta terjunam gaung


Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tebing Runtuh, Nusajaya.


JOHOR BAHRU – Kesan seretan tayar sejauh kira-kira 10 meter di atas jalan membawa kepada pe­nemuan dua mayat lelaki selepas kereta jenis Volvo yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Tebing Runtuh, Nusajaya kelmarin.
Mayat pemandu, N. Kathiravan, 21, dari Taman Desa Rahmat, Tampoi dan penumpangnya, B. Mogan, 23, dari Taman Suria, Yong Peng ditemui pengguna jalan raya yang ternampak kesan seretan tayar pada pukul 4.35 petang sebelum menghubungi talian kecemasan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Ismail Dollah berkata, sejurus mene­rima maklumat itu, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3h4Ds1yQE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment