Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Dituduh bunuh jurutol

Maran: Lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh jurutol wanita di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, pada hari kedua Aidilfitri lalu.
Tertuduh, Norhalis Mohamad Zaid, 29, dari Bandar Almuktafi Billah Shah, Terengganu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Norhalis didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, yang bertugas dengan pengendali lebuh raya di Sepang di Kilometer 163 LPT, dekat sini, 9.20 pagi, 18 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali.
Manakala tertuduh diwakili oleh peguam Bob S Arumugam.
Kes disebut semula pada 7 September depan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 12:31 PM


TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Maran. FOTO Luqman Hakim Zubir
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67363#sthash.w7VN7DV9.dpuf

No comments:

Post a Comment