Search This Blog

Tuesday, July 28, 2015

Ditelan eskalator

Beijing: Seorang wanita sempat menyelamatkan anak lelakinya sebelum dia maut akibat termasuk di dalam eskalator di sebuah pasar raya di Jingzhou di wilayah Hubei kelmarin.
Akhbar Wuhan Evening News melaporkan, Xiang Liujuan, 30, bersama anaknya menaiki eskalator ketika membeli-belah di pasar raya berkenaan.
Satu rakaman kamera keselamatan yang dimuat naik di Internet menunjukkan ketika dua beranak itu hampir sampai ke atas panel eskalator tempat mereka berdiri tiba-tiba tercabut.
Ketika Liujuan hampir termasuk dalam eskalator dia sempat menghulurkan anaknya kepada beberapa pekerja untuk diselamatkan.
Malangnya, Liujuan termasuk ke dalam eskalator walaupun beberapa pekerja cuba menarik tangannya.
Beberapa saat Liujuan terus hilang ‘ditelan’ eskalator berkenaan yang masih bergerak.
Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa lebih empat jam untuk memotong mesin berkenaan dan mengeluarkan mayat Liujuan.
Satu sumber memberitahu, eskalator itu baru diselenggara sebelum kemalangan berkenaan berlaku.
“Kemungkinan petugas lupa memasang semula skru pada panel eskalator itu yang menyebabkan ia terbuka,” katanya.
Rakaman video insiden itu menjadi topik hangat di laman sosial di China apabila ditonton lebih 6.6 juta kali semalam.
Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia sering berlaku di China akibat kekurangan penguatkuasaan terhadap prosedur keselamatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 7:16 AM

GAMBAR menunjukkan kejadian Liujuan yang maut ‘ditelan’ eskalator yang tiba-tiba tercabut.

No comments:

Post a Comment