ANGGOTA Unit Risikan Marin (URM) menunjukkan tangki minyak diesel yang dirampas dalam serbuan di Jalan Utama, Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, semalam. IHSAN Pasukan Polis Marin
Komandernya, Asisten Komisioner N. Kalai Chelvan membe­ritahu, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) menyerbu premis terbabit pada pukul 4.15 petang selepas mendapat maklumat terdapat diesel disimpan secara tidak sah di situ.
“Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis telah mengemukakan dokumen kebenaran menyimpan minyak berkenaan.
“Bagaimanapun, dokumen tersebut didapati telah tamat tempoh yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kalai Chelvan berkata, penjaga premis itu kemudian ditahan, manakala tiga lori, enam tangki minyak dan diesel yang ditemukan dirampas untuk siasatan.
Katanya, suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak Pejabat Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Cawangan Kuching untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala laporan polis dibuat di Balai Polis Bintawa di sini.