Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Dentuman hentam kereta

Kuala Terengganu: “Saya dengar bunyi dentuman yang sangat kuat sebelum melihat sebatang pokok di kanan jalan tumbang dan menghempap sebuah kenderaan di hadapan kereta saya,” kata Elyas Ahmad, 28, dari Kampung Batu Buruk, di sini.
Dia adalah saksi kejadian sebuah Perodua Myvi ditimpa pokok rhu dalam kejadian ribut di Jalan Batu Buruk, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu bagaimanapun tidak mencederakan pemandu wanita lingkungan 20-an itu dan mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.
Elyas berkata, sebelum kejadian dia ke bazar Ramadan tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membeli juadah berbuka puasa.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah berlaku hujan lebat diikuti angin dari arah pantai.
“Sebaik sampai di hadapan sebuah restoran, angin mula bertiup kencang seterusnya menghalang pandangan dan pada masa itu pokok ruu di sebelah kanan jalan tumbang dan menimpa kereta Perodua Myvi yang sedang berhenti di garisan putih untuk membelok ke kanan.
“Kenderaan saya berada di belakang Perodua Myvi itu dan bernasib baik kerana hanya dahan sederhana yang menimpa cermin hadapan kereta,” katanya yang juga doktor di Klinik Kesihatan Marang.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, pemandu Perodua Myvi itu, Siti Nur Zulaika Abd Aziz, 23, tidak cedera tetapi dibawa ke HSNZ untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Ketika kejadian, kereta dipandu wanita itu berhenti di persimpangan Jalan Pantai Batu Buruk untuk membelok ke kanan arah Jalan Kamaruddin.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 9:52 AM


KERETA Myvi remuk ditimpa pokok ru.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62344#sthash.6DzuQZQN.dpuf

No comments:

Post a Comment