Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Denggi ragut 165 nyawa

Putrajaya: Statistik kes denggi bagi Januari hingga kelmarin merekodkan sebanyak 62,648 kes dengan 165 kematian dicatatkan di seluruh negara.
Menerusi kenyataan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan berkata, daripada jumlah itu, Selangor terus mendahului negeri lain, sekali gus menjadi penyumbang tertinggi kes denggi dengan mencatatkan 35,712 kes.
“Ia diikuti Perak (6,053 kes), Johor (5,466), Kuala Lumpur (3,986), Pulau Pinang (2,935) dan Sabah (1,496),” katanya.
Statistik kes denggi itu dipaparkan pada laman web rasmi iDengue, semalam.
Pada masa sama, sebanyak 1,477 lokaliti wabak dilaporkan di 13 negeri sepanjang tempoh berkenaan.
“Ia merangkumi Selangor (895), Johor (271), Kuala Lumpur dan Putrajaya (151), Perak (64), Pulau Pinang (54), Melaka dan Sarawak (masing-masing lima).
“Seterusnya Kelantan (tujuh), Kedah (tiga) manakala, Pahang dan Sabah (masing-masing satu),” katanya.
Tiada kejadian wabak dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:19 AM




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63951#sthash.Yhq4PFwR.dpuf

No comments:

Post a Comment