12 Julai 2015
SHANGHAI - CHINA. Lebih daripada 865,000 orang penduduk Zhejiang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga akibat kesan taufan Chan-hom yang bakal membadai kawasan timur China, hari ini.
SHANGHAI - CHINA. Lebih daripada 865,000 orang penduduk Zhejiang dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga akibat kesan taufan Chan-hom yang bakal membadai kawasan timur China, hari ini.
Orang ramai berkumpul di sebuah tebing dekat Wenling bagi melihat ombak besar yang disebabkan taufan Chan-hom. |
Pusat Metereologi Kebangsaan China memberi amaran, Chan-Hom bakal menjadi taufan paling kuat pernah membadai wilayah Zhejiang sejak 1949.
Ia diramal melanda wilayah berkenaan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Shanghai.
Difahamkan, 400 penerbangan sudah dibatalkan sejak Jumaat.
Taufan Chan-hom meragut lima nyawa semasa ia membadai Filipina awal minggu ini, lapor Reuters.
No comments:
Post a Comment