Search This Blog

Tuesday, July 7, 2015

Budak maut jatuh pangsapuri



Nur HAIKA ATIQAH (tengah) memangku mayat anaknya, Muhamad Adam yang maut selepas terjatuh dari tingkat 9 Pangsapuri Taman Air Tawar Indah, Butterworth semalam.


SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik rumahnya di tingkat sembilan Pangsapuri Taman Air Tawar Indah, Butterworth di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mang­sa, Muhamad Adam Qha­lish bin Mohd. Hairul Anuar
(gambar kecil) ditemui penduduk di situ dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta tingkat bawah pangsapuri ber­kenaan.
Muhamad Adam merupakan anak kepada salah seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohd. Hairul Anuar Md. Salleh, 32, yang berpangkalan di Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, siasatan mendapati, semasa kejadian bapa mangsa berada di tempat kerjanya di Kem TUDM, Telok Air Tawar, Butterworth.
“Hasil soal siasat, bapa mang­sa memaklumkan yang anaknya (mangsa) sebelum kejadian berada di dalam rumah bersama isteri dan seorang lagi anak pe­rempuan mereka yang berusia setahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3f9XyjTfL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment