Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Besi tembus dada

Wuhan, China: Seorang lelaki hampir maut apabila sebatang cerucuk besi menembusi dadanya selepas dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di sini baru-baru ini.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki itu bersama dua lagi rakannya merempuh belakang sebuah lori yang membawa cerucuk besi.
Insiden itu menyebabkan beberapa cerucuk besi yang dibawa lori berkenaan menembusi kereta terbabit.
Pemandu kereta dikenali sebagai Song, 32, cedera parah selepas sebatang cerucuk besi menembusi dadanya.
Doktor memberitahu, Song bernasib baik kerana cerucuk besi yang menembusi dadanya hanya beberapa sentimeter daripada mencederakan jantungnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:36 AM


GAMBAR kiri menunjukkan keadaan Song ketika dirawat di hospital, kanan keadaannya selepas kereta dipandunya merempuh lori membawa cerucuk besi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63841#sthash.SenkdpEw.dpuf

No comments:

Post a Comment