Sandakan: Isu rakaman pergaduhan membabitkan pelajar sekolah seolah-olah tiada penamat apabila terbaru, gelagat dua pelajar lelaki yang masih berpakaian seragam bertumbuk di depan lebih 20 pelajar lain menjadi viral selepas video berkenaan tersebar di laman sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63843#sthash.CdsJBj2P.dpuf
Dalam rakaman berdurasi dua minit 13 saat itu memperlihatkan dua pelajar saling cabar mencabar sebelum diakhiri dengan pergaduhan.
Aksi tumbuk-menumbuk itu turut disaksikan pelajar lain dan mereka dilihat langsung tidak membantu meleraikan pergaduhan itu, sebaliknya bersorak apabila kedua-dua mereka mula berbalas serangan.
Malah, rakaman suara turut memperdengarkan ada rakan dalam kalangan kumpulan itu mengapi-apikan kedua-dua pelajar terbabit segera bertumbuk selain mengeluh kerana mereka lambat memulakan pergaduhan.
Selain itu, ada rakaman suara melarang pelajar lain masuk campur dalam pergaduhan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:39 AM
No comments:
Post a Comment