Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Beraya dalam debu di Felda Bukit Goh


SEBATANG jalan raya utama dicemari dengan habuk berwarna merah akibat perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan semalam.


KUANTAN – Penduduk sekitar Bukit Goh di sini bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam persekitaran yang dicemari debu berwarna merah akibat kegiatan perlombongan bauksit.
Aktiviti perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh itu yang masih berterusan menyebabkan habuk-habuk berterbangan semasa lori-lori pengangkut membawa mineral bijih aluminium oksida itu.
Pengetua Maahad Tahfiz Anwarul Al Othmaniah di Felda Bukit Goh, Syed Shahrin Nizam Syed Mohd. Sah, 32, berkata, pada setiap hari, para pelajar dan guru terpaksa mencuci sekolah dan surau sekurang-kurangnya empat jam sekali kerana lori-lori membawa bauksit itu menggunakan jalan di hadapan sekolah mereka.
Menurutnya, sejak kerja mengorek bauksit dijalankan di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh kira-kira setahun lalu, persekitaran di kawasan itu bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
Beliau berkata, habuk-habuk bauksit mencemari jalan raya, rumah penduduk dan premis perniagaan pada setiap hari.
“Ada antara pelajar kami terdedah dengan pelbagai penyakit seperti batuk, selesema dan penyakit kulit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ffkaakB0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment