Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Berang ditipu, tujuh lelaki serang kedai telefon


12/07/2015 1:58pm

KUALA LUMPUR - Sekumpulan lelaki bertindak menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat di sini malam semalam dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati ditipu oleh penjual premis berkenaan.
Kejadian berlaku selepas, seorang lelaki berusia 20-an cuba menuntut semula telefon bimbit dibelinya, tetapi berlaku sedikit perbalahan.
Lelaki itu ditahan pengawal keselamatan dan didakwa mencuri telefon bimbit di premis terbabit sebelum diserahkan kepada polis.
Susulan itu, berang dengan tindakan penjual premis itu, lelaki berkenaan bersama enam lagi rakannya menyerang dan memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja premis tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, seorang suspek berusia 22 tahun berjaya ditahan.
Katanya, pihak polis sedang menyiasat dakwaan suspek yang berang selepas dia diberikan telefon bimbit klon.
“Tujuh suspek itu bertindak ganas dengan menyerang dan memukul pekerja premis berkenaan selain memecahkan peralatan di dalamnya menyebabkan kerugian RM70,000," katanya
Zainuddin menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan isu perkauman seperti mana menjadi viral di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan keran merusuh. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz3ffdVNYji 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment