Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Bas henti-henti rempuh rumah, 3 cedera



Sebuah bas henti-henti yang hilang kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat berhampiran Masjid Kapitan Keling, di Georgetown, malam tadi.
  
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.
  
Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.
  
"Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital," katanya.
  
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan.
  
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
  
-Bernama

No comments:

Post a Comment