Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Bas ekspres terbakar, penumpang selamat



ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah bas ekspres di Kilometer 174.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Jasin semalam.


JASIN – Seramai 18 penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki tiba-tiba terbakar di Kilometer 174.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.20 pagi itu, bas ekspres dinaiki 16 penumpang warga Singapura dan dua warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu bas dalam perjalanan dari Ipoh, Perak me­nuju ke Singapura.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Kanan Bomba, Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.32 pagi dan seramai 14 anggota dan pegawai bomba serta empat jentera bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Jasin dan Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3fibBoPxa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment