Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Bas ekspres ke Singapura hangus

Jasin: Bas ekspres dari Ipoh menghala ke Singapura terbakar di KM174.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat susur Jasin, 2.15 pagi tadi.
Difahamkan bas ekspres membawa 16 penumpang dan dua pemandu itu bertolak dari Ipoh pada 10 malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, PBK II Mohamad Tarmizi Abdul Karim berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bahagian enjin di belakang bas terbabit.
"Ketika kami tiba di lokasi, semua penumpang sudah dipindahkan ke bas lain dan bas terbabit marak terbakar.
"Bas musnah 97 peratus dan saya sahkan kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:58 AM


BOMBA berusaha memadam kebakaran. FOTO Mohd Hilmie Hussin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63849#sthash.lT0bU5jQ.dpuf

No comments:

Post a Comment