Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Ancaman Gunung Raung reda



AFP - SEORANG penduduk meninggalkan sebuah kampung selepas Gunung Raung memuntahkan debu yang boleh dilihat sehingga di Banyuwangi yang terletak di timur Pulau Jawa semalam.


DENPASAR, Indonesia – Pihak berkuasa Indonesia membuka semula Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali selepas ditutup selama tujuh jam semalam akibat ancaman abu Gunung Berapi Raung di Jawa Timur.
Selepas ditutup dari pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang semalam, seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan memberitahu bahawa lapangan terbang itu dibuka semula tetapi operasinya terhad kepada satu landasan sahaja.
Gunung Berapi Raung menghamburkan abu dan meletus secara sederhana sejak Jun lepas.
Letusan terbaru memaksa lapangan terbang di Bali, Lombok, Jember dan Banyuwangi ditutup. Sehingga semalam hanya lapangan terbang di Banyuwangi yang masih ditutup.
Letusan gunung berapi itu mencetuskan kekalutan ketika masyarakat Islam Indonesia mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, manakala ramai pelancong asing turut terkandas.
Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali ditutup pagi semalam sehari selepas ia dibuka semula.
“Kami akan terus memantau pekembangan gunung berapi tersebut dan membuat keputusan sama ada penutupan ini akan dilanjutkan,” kata jurucakap Kementerian Pengankutan, J.A. Barat awal semalam.
Syarikat penerbangan Australia, Jetstar dan Virgin mengesahkan berkata, beberapa pe­nerbangannya ke Bali dibatalkan semalam sementara penerba­ngan Indonesia, Garuda pula menyatakan semua penerbangannya akan dihentikan sehingga pukul 4 petang (waktu tempatan).
Hampir 300 penerbangan keluar dan masuk ke Bali telah dibatalkan pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, pengkaji gunung berapi Indonesia, Gede Suantika berkata, Gunung Berapi Raung meletus semalam dan memuntahkan abu setinggi 1,000 meter ke udara.
“Pemerhatian kami pagi ini (semalam) menunjukkan angin telah menolak asap dan abu volkanik ke arah Bali semula,” ujar­nya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3fia0SOZb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment