Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Ajal langgar penghadang jalan

Suriyana maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. FOTO Shamsudin Husin
Chukai: Kakitangan wanita syarikat perumahan maut apabila motosikal ditunggang terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Suriyana Abdullah, 24, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di bangunan Center Points Chukai ke rumahnya di Bandar Cheneh Baru.
Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 11:07 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63716#sthash.DYiBHU63.dpuf

No comments:

Post a Comment