Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Ajal dua sahabat

Kuala Lumpur: Dua sahabat baik maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Syed Putra berhampiran Bukit Raja, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Nasrul Tanang, 32, dan penumpang Muhd Zulkarnain Nasir berusia 19 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju ke Shah Alam.Bagaimanapun, apabila tiba dilokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan mereka terbabas ke kiri jalan merempuh pokok dan terbalik.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.45 pagi sebelum mengerahkan tiga jentera dan 18 anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa masih berada di dalam kenderaan jenis Proton Satria berkenaan dan tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan."Pasukan paramedik yang tiba dilokasi mengesahkan kedua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 3:59 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63860#sthash.Oz27kWPY.dpuf

No comments:

Post a Comment