Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Ajal anak terkena syaf lori

Banting: Kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas komponen syaf sebuah lori tercabut lalu menembusi cermin bahagian penumpang depan kereta bapa mangsa dan mengenai kepalanya.
Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam di Kilometer 32 Jalan Klang-Banting-Port Dickson.
Katanya, ketika kejadian kereta yang dipandu bapa mangsa mengikuti lori berkenaan sebelum 'shaft' terbabit tercabut dan terpelanting seterusnya menembusi cermin serta mengenai kepala mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala lalu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.
"Kira-kira jam 6 petang mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 6:18 PM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63866#sthash.9M8nuTHD.dpuf

No comments:

Post a Comment