Search This Blog

Tuesday, July 28, 2015

Ahli perniagaan nyaris maut ditembak





28/07/2015 9:00pm

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun nyaris maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Trus, di sini tengah malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.03 tengah malam apabila mangsa dikatakan baru sahaja pulang melawat kedai cakera padat (CD) miliknya, yang sedang beroperasi di kawasan tersebut.

Menurutnya, ketika mangsa sedang berjalan ke arah keretanya di tepi jalan berhadapan restoran itu, dia dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang memakai topi keledar berpenutup gelap dan berjaket hitam.

"Seorang daripadanya kemudian terus melepaskan tiga das tembakan, yang mengenai bahagian rusuk kanan mangsa, menyebabkan dia rebah di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini oleh orang awam dan keadaan mangsa kini dilaporkan stabil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kejadian berlaku sangat pantas dan penembak melepaskan tembakan tanpa memberhentikan motosikal dan dipercayai menggunakan senjata semi auto. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz3hCCHJExU
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment