Search This Blog

Monday, July 13, 2015

Adnan Yaakob terpaksa bertindak


TINJAUAN Kosmo! mendapati kegiatan mengorek dan mengangkut bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan masih giat dilakukan pelombong walaupun pada cuti hujung minggu.


BENTONG – Kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan drastik membatalkan kesemua 34 lesen perlombongan bijih (MOL) melibatkan kebenaran mengangkut keluar bauksit di negeri ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains bermula 31 Julai depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar kecil) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pelbagai tindakan termasuk perjumpaan dan amaran yang dikeluarkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan tidak memberi kesan, malah kegiatan perlombongan terus menjejaskan penduduk setempat.
“Sebelum ini, saya ada berjumpa dengan pihak kontraktor, minta mereka jalankan kegiatan perlombongan dengan beretika dan bertimbang rasa.
“Nampaknya masih juga tiada perubahan, rakyat mula mengadu, jalan raya sudah semakin bertambah kotor, kemudian lori-lori yang mengangkut bauksit tidak memikirkan keselamatan orang lain, berlaku kemalangan, mereka berlumba di atas jalan raya. Maka, Rabu lepas saya telah pun memanggil semula kontraktor-kontraktor ini.
“Terus terang, saya telah memberi amaran kepada mereka supaya dalam tempoh seminggu ini mereka perbaiki terutama sekali operasi mengangkut.
“Saya katakan akan menghadap Tuanku Sultan (Sultan Ahmad Shah) untuk menyembah maklum sama ada kegiatan ini boleh berterusan atau perlu dihentikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini malam kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3fiamokS2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment