Search This Blog

Monday, July 13, 2015

28 maut serangan bom kereta di utara Baghdad

ISNIN, 13 JULAI 2015 @ 8:23 AM

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 28 maut dalam serangan dua bom kereta dan seorang pengebom nekad di dua kejadian berasingan di utara Baghdad lewat semalam. Dalam kejadian di Daerah Shaab, sebuah kereta yang ditinggalkan meletup di kawasan pasar yang sesak dengan orang ramai, menyebabkan 10 terbunuh. Ketika polis sedang mengawal keadaan, seorang pengebom berani mati meletupkan diri menyebabkan sembilan orang terbunuh, termasuk anggota polis dan orang awam. Di Daerah Bunouk pula, letupan sebuah kereta menyebabkan sembilan maut. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67657

No comments:

Post a Comment