Search This Blog

Monday, July 27, 2015

250,000 orang terjejas banjir di Pakistan



PENDUDUK kampung mengharungi air banjir di Rajanpur, Pakistan pada Khamis lalu. - AGENSI


ISLAMABAD – Hujan lebat dan banjir di Pakistan mengorbankan 36 mangsa dan menjejaskan lebih 250,000 orang, kata beberapa pegawai pengurusan bencana semalam selepas air sungai dan terusan yang melimpah merosakkan beratus-ratus buah kampung.
Cuaca buruk mencetuskan huru-hara di utara dan selatan Pakistan dengan berpuluh-puluh jalan raya serta jambatan di da­erah Chitral, dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa rosak. Banjir turut menenggelamkan banyak perkampungan di selatan Punjab, demikian menurut pihak berkuasa.
Sejumlah haiwan ternakan dan manusia turut dihanyutkan air banjir di wilayah Baluchistan dan Khasmir, kata beberapa pegawai berkenaan.
“Menurut laporan yang kami terima setakat ini (semalam), sejumlah 26 orang terbunuh di Chitral, tiga di Punjab dan tujuh di Baluchistan,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana (NDMA), Ahmed Kamal.
“Sekitar 350 buah kampung mengalami kerosakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan 422 di Punjab. Secara keseluruhan, seramai 250,000 penduduk terjejas akibat banjir kali ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihak NDMA meramalkan hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3h4EqenSC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment