AGENSI - MODEL sebuah helikopter Mi-17 yang terhempas di Laos.
VIENTIANE – Kementerian Pertahanan Laos mengumumkan pasukan pencarinya telah menemui bangkai pesawat tentera Mi-17 yang terhempas di daerah Longcheng yang terletak di wilayah utara, Saysomboun Isnin lepas, lapor Agensi Berita Vietnam.
Dalam operasi mencari pada petang Rabu itu, sebanyak 22 mayat mangsa telah ditemui.
Usaha pencarian masih diteruskan, manakala agensi berkaitan sedang menjalankan penyiasatan punca kes berlaku.
Faktor cuaca buruk dikatakan menjadi punca kepada insiden tersebut.
Helikopter Mi-17 itu membawa empat anak kapal dan 19 orang penumpang.
Pesawat itu dalam perjalanan ke wilayah Xiengkhouang dan Houaphan sebelum terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Penerbangan sejurus berlepas dari Vientiane. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3hPpnO1pw
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment