WASHINGTON 11 Jun - Bilik taklimat di White House terpaksa dikosongkan dengan tergesa-gesa semalam selepas menerima satu panggilan ancaman bom melalui pihak polis, kata Ejen Rahsia Amerika Syarikat (AS) di White House.
Pegawai Ejen Rahsia AS bertanggungjawab ke atas gangguan keselamatan kediaman presiden ini secara langsung. Ketika itu satu taklimat media di televisyen bersama Setiausaha Akhbar White House, Josh Earnest sedang berlangsung dan dipindahkan ke bilik taklimat James S. Brady tidak lama selepas pukul 2 petang waktu tempatan.
Secara kasarnya selepas 20 minit pengosongan dilakukan, para wartawan dibenarkan masuk semula di White House.
Pegawai Ejen Rahsia Beruniform di tempat kejadian berkata dalam satu kenyataan, melalui jurucakapnya, Brian Leary menyatakan, ancaman bom telefon berkaitan dengan bilik taklimat di White House telah diarah ke dalam Jabatan Polis Metropolitan. - AGENSI
No comments:
Post a Comment