Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

Wanita Indonesia dipenjara 12 tahun bunuh suami

Wanita Indonesia dipenjara 12 tahun bunuh suami
Denpasar, Indonesia: Seorang wanita Indonesia hari ini, dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana mengarah pembunuhan suaminya dari Braitain.
Robert Ellis, 60, ditemui mati dalam sawah padi dekat sebuah resort di Bali, dengan lehernya dikelar pada hujung Oktober lalu.
Julaikah Noor Ellis, 45, mengaku mengupah tiga lelaki untuk membunuh suaminya itu yang juga pemegang pasport Australia.
Mahkamah Daerah Denpasar diberitahu, hubungan suami isteri itu tidak baik sejak beberapa tahun lalu berikutan Julaikah berang kerana Ellis gagal menyediakan kewangan secukupnya.
Dia kemudian membayar lebih RM40,000 kepada tiga lelaki supaya membunuh suaminya. Dua daripada lelaki terbabit masing-masing dipenjara 12 tahun manakala lelaki ketiga akan dijatuhkan hukuman esok. - AFP
JULAIKAH kerika perbicaraan hari ini. - Foto AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2015 @ 8:36 PM


JULAIKAH kerika perbicaraan hari ini. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56983#sthash.gdVnJsz2.dpuf

No comments:

Post a Comment